07/12/2017
Cerita : Negara Wawasan
Ada satu cerita yang pernah berlaku di sebuah negara , namanya Wawasan.
Suatu ketika , para bangsawan ingin melantik seorang Perdana Menteri bagi menguruskan pentadbiran dan meringankan beban bagi Yang di-Pertuan Agong dan para bangsawan.
Maka , mereka pun mencari calon.
Ada 2 orang calon yang telah disebut dalam Persidangan Majlis Tertinggi. Mereka masing-masing ialah Hang Tuah dan Tat Tun Tuang.
Hang Tuah ini seorang yang sangat berpengalaman dalam pentadbiran dan pernah menerima banyak Anugerah Perkhidmatan Cemerlang , tetapi badannya kurus dan keding.
Tat Tun Tuang p**a seorang yang kurang berpengalaman dan kurang berwibawa , tapi badannya p**a sado. Lagi-lagilah Tat Tun Tuang ni merupakan anak buah kesayangan Ketua Bangsawan yang ditugaskan untuk mencalonkan nama Perdana Menteri.
Semasa Majlis Perhimpunan bagi semua calon Perdana Menteri dan Menteri-menteri , Yang di-Pertuan Agong secara terang-terangan mencalonkan nama Hang Tuah sebagai Perdana Menteri yang seterusnya. Tetapi malang dan sedih , selepas Majlis Perhimpinun , Ketua Bangsawan mempertikaikan badan Hang Tuah yang kurus dan keding , dan menyatakan ia kurang berwibawa dan tidak layak memegang jawatan sebagai Perdana Menteri.
Jadi , akibat tentangan daripada Ketua Bangawan tersebut , orang yang akhirnya menjadi Perdana Menteri ialah Tat Tun Tuang. Hang Tuah p**a kalah dalam sesi pemilihan calon ini.
Selepas kekalahan ini , beliau telah dilantik sebagai Menteri bagi Kementerian Sejarah & Patriotisme oleh seorang bangsawan , yang namanya Raja Naramsin. Dan Kementerian tersebut merupakan sebuah Kementerian yang merdeka dan bertanggungjawab terus kepada Yang di-Pertuan Agong dan bangsawan yang tertentu serta Raja Naramsin , dan juga bebas daripada pengaruh Perdana Menteri.
Hang Tuah telah melaksanakan pelbagai reformasi dan transformasi dalam Kementerian Sejarah & Patriotisme tersebut sehingga zaman pemerintahan Hang Tuah boleh dikatakan sebagai Zaman Kegemilangan. Hal ini dikatakan demikian kerana , Kementerian tersebut berjaya mencapai kejayaan yang sangat besar dan mencipta Sejarah Kegemilangan Tersendiri. Kecemerlangan dan kejayaan Hang Tuah telah akhirnya diiktiraf oleh Yang di-Pertuan Agong dan anggota Majlis Tertinggi negara Wawasan. Dengan buktinya , Hang Tuah telah diberikan Anugerah Kecemerlangan Khas dan namanya sering disebut oleh YDPA. Bahkan lagi dalam satu Majlis yang dianjurkan oleh Kementerian Sejarah & Patriotisme , YDPA menyatakan bahawa Kementerian inilah satu-satunya Kementerian yang dapat melaksanakan program dengan sempurna dan cukup gemilang pada masa itu.
Jika kita lihat kepada Tat Tun Tuang , Tat Tun Tuang sebagai PM yang baru tidak melakukan apa-apa kerja. Secara realitinya , program dahulunya yang pernah dibuat oleh PM terdahulu tidak dilaksanakan pun oleh PM yang terbaru ini. Kerjanya hanya memberi ucapan dalam Majlis Khas. Itulah kerja dia sahaja. Sepanjang Zaman Pemerintahan PM yang baru ini , boleh dikatakan sebagai Zaman Yang tiada Kerja. Semuanya tidak menabur jasa.
Wahai Para Pembaca , ambillah iktibar daripada cerita ini dan renung-renungkan..