30/10/2026
UCAPAN DRAHA YDP PVV69K DI HARI TERAKHIR PROGRAM 25- 28 OKTOBER 2026 ZIARAH PUSARA WIRA NEGARA 69 KOMANDO SEMPENA ULANG TAHUN KE 57 PENUBUHAN 69 KOMANDO
PARA HADIRIN YANG DIKASIHI SEKELIAN
1) Lawatan ziarah ini bukan sekadar menziarahi pusara, malah menjadi mercu tanda penghormatan dan penghargaan terhadap jasa serta pengorbanan perwira2 yang telah menggadaikan nyawa demi Kedaulatan dan Keamanan negara tercinta ini.
2.Semangat kental, keberanian dan pengorbanan perwira2 yang telah gugur demi mempertahankan Tanah Air, wajar terus dikenang serta dijadikan teladan oleh seluruh warga pas**an dan
generasi.
“BIAR PUTIH TULANG, JANGAN PUTIH MATA.”
3.Keberanian dan kesanggupan menggadaikan nyawa dan meninggalkan orang2 yang tersayang demi mempertahankan negara tercinta telah diterjemahkan dengan penuh komited dan keikhlasan agar seluruh generasi dapat menikmati Kedaulatan, Keamanan dan Kesejahteraan hidup di dalam negara tercinta ini.
Semuga ianya tidak sia2 dan dapat diterima oleh semua lapisan generasi yang ada.
4.Langkah memperingati perwira2 yang terkorban ini telah kami mulakan. Ianya tidak akan berakhir di sini. Malah semangat dan iniasitif dari kami yang telah dimamah usia ini diharap akan terus segar mekar, ibarat benih yang disemai akan terus dibajai dan disirami - semuga tumbuh segar di sanubari setiap kita yang masih bernafas ini.
5.PDRM sebagai salah satu payung kepada perjuangan kami, pastinya akan terus disemarakan dengan gandingan Veteran2 69 Komando, Pegawai2 dan Anggota2 69 Komando yang masih berkhidmat dan semua Pegawai dan Anggota PDRM yang lain samada yg masih berkhidmat atau yang telah bersara. Kita juga tidak pernah lupa kepada kerjasama erat seluruh masyarakat di mana juga berada yg tidak pernah jemu menyokong dan mengimarahkan slogan " POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA".
6.Wasiat turun temurun" WARISAN DARAH PERWIRA" yang diamanah dan digalas bangga dari generasi ke generasi ini sesungguhnya bukan hanya digalas oleh Wira2 kita malah turut dipikul sama oleh ahli keluarga yang mengasihi kita.
Kehilangan, kesedihan dan kerinduan kepada insan kesayangan yg telah pergi buat selama2 pasti nya s**ar dikongsi dengan kita semua.
" BERAT MATA MEMANDANG, TIDAK SAMA DENGAN BERATNYA BAHU YANG MEMIKUL"
7.Amalan operasi berterusan di kalangan kami tetap diteruskan walaupun sudah bersara. Hari ini kami di sini sebagai penyambung dan penyampai WASIAT "WARISAN DARAH PERWIRA" kepada generasi penerima agar ianya terus digalas gagah penuh megah demi NEGARA YANG TERCINTA ini.
DATO' ABD RASHID HARUN
YDP PERSATUAN VETERAN VAT 69 KOMANDO
28 OKTOBER 2026
BESUT TERENGGANU